Blogger Templates

Search This Blog

Thursday 29 December 2011

rantai burung hantu= freemason?

sekarang ni ramai yang pakai rantai burung hantu.yela kan rantai tu comel menambahkan lagi keayuan si pemakai.cewahhh lebih la tu.okay sekarang ni kecoh yang rantai tu semua agenda freemason nak sesatkan umat islam. mula aku ingat macam boleh pakai jugak teori nih.tapi bila pikir balik macam tak patut cakap camtu

haaaa, ni la rantai tu.mesti korang tahu kann.mesti selalu tgkkan adik beradik korang pakai,kawan kawan korang pakai.


mengikut apa yang aku baca,rantai ni diorang kata haram sebab simbol burung hantu ni digunakan dalam upacara penyembahan freemason. lahhh freemason lagi.tak habis freemason.freemason freemason freemason ! aku rasa mungkin rakyat malaysia ni terlebih obses sengan freemason.obses dalam mengkaji freemason sampai semua pun nak kaitkan dengan freemason.kalau macamtu lambang tiga segi tu ? freemason pakai jugak kann?


haa ni contoh lambang tiga segi freemason. so tiga segi haram digunakan ? sebab tiga segi freemason pakai? so macamana dengan lambang SKMM?


tengok tu.lagi sebijik dengan segitiga freemason. tapi TAK semestinya SKMM freemason kan.mungkin sekadar kebetulan..bukanya segitiga tu freemason yg cipta . yg freemason punya segitiga dengan lambang All Seeing Eye. kalau SKMM tu ada all seeing eye kat tengah baru la boleh nak cakap diorang tiru :p

kadang2 semua benda nak kaitkan dengan freemason . lantai hitam putih pun nak kaitkan dengan freemason.walaupun memang freemason pakai lantai petak hitam putih tu. tapi tak tahu la pulak kalau memang korang berniat nak tiru freemason.HAHAHAHAHAHAH  semuanya terpulang pada niat masing2 :)
lagi teruk bila aku pernah baca ada sorang hamba Allah ni kaitkan ketupat dengan freemason ! wth? ketupat yang sedap tu pun nak dipersalahkan.HAHAHAHAHA. dahh takkan raya ni nak tukar ketupat corak bulat2 pulak kann.HAHAHA 

so conclusionnya disini. mungkin rantai burung hantu haram bukan kerana freemason tetapi sebab islam melarang perhiasan berupa binatang atau benda hidup :) banyak lagi kan perhiasan lain.so ambik jalan selamat pilih perhiasan yang kita takde keraguan keatasnya .

Wednesday 28 December 2011

reformasi 98 ~ sejarah negara

kk aku nak tulis maybe berunsurkan politik sikit.k tipu je.bukan sikit.tapi banyak unsur politik. HAHAHA. sebenarnya lebih kepada sejarah negara.reformasi 98 ni patut boleh ada dalam buku teks sekolah.tapi tahula kann dengan kerajaan UMNO macamtunya memang tak la nak letak dalam buku teks sekolah.hahaha tunggu pakatan rakyat memerintah baru kita masukkan dalam buku teks sejarah. xD

REFORMASI 98

berlaku sejurusnya selepas pemecatan anwar ibrahim sebagai timbalan perdana menteri oleh tun dr mahathir.anwar ibrahim dikatakan dipecat oleh mahathir atas sebab salah laku seks(liwat) , rasuah dan disiplin.jadi sekarang kita tahu tuduhan liwat saiful bukhari tu bukan yang pertama.sebelum ni diorang dah fitnah liwat tapi tak berjaya dibuktikan.gerakan reformasi ni disertai oleh beratus ribu rakyat Malaysia yang menyokong anwar ibrahim.anwar ibrahim sebenarnya tidak bersetuju dengan cara tun dr mahathir yang menyalah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri dan kroni.so bila tak sehaluan mahathir dapat lihat yang anwar ibrahim ni memang tak boleh diharapkan utk menjaga kepentingan mereka dalam kerajaan.jadi pada masa itu anwar ibrahim telah diberi kata dua iaitu utk meletak jawatan atau dipecat dari semua jawatan dalam kerajaan.anwar tak letak jawatan sebab dia taknak tunduk dgn mahthir dan tak relevan utk dia letak jawatan. ketika berlakunya gerakan reformasi ni rakyat malaysia telah bangkit dan buka mata dengan kezaliman tun dr mahathir.masa tu ada pelbagai slogan yang sering didengar  ketika berhimpun seperti "MAHATHIR UNDUR,UNDUR SEGERA", "MAHATHIR LETAK JAWATAN" , dan "REFORMASI".sekarang pun masih boleh dengar lagi perkataan REFORMASI dilaungkan kalau ada ceramah dari Pakatan Rakyat. walaubagaimanapun anwar ibrahim telah ditangkap pada tahun 1999 di bawah ISA.kesan dari gerakan reformasi ni dapat  dilihat ketika pilihanraya 2008 dimana kerajaaan BARISAN nasional banyak kehilangan kerusi di parlimen.


kalau nak cerita semua memang tak habis sebab memang panjang kisahnya so untuk memudahkan semua orang memahami dan melihat sedikit sejarah ketika reformasi 98 boleh tgk video di atas.durasi video agak panjang so siapa yang rasa kelajuan internet agak tidak memberangsangkan boleh pergi ke cyber cafe berdekatan.HAHAHAHA. 


*part paling best masa minit ke 20.30 . rakyat Malaysia beramai ramai melaungkan "MAHATHIR LETAK JAWATAN". hehehehehehe 


video ni takde copyright dan tuan punya video pun dah benarkan siapa siapa saje untuk kongsikan video ni. mari kita sebarkan supaya ramai lagi rakyat boleh tengok video nih. :)

err takde arah tuju --'

err okay first sekali aku tak tahu kenapa tetibe aku buat blog.well, aku rasa sebab pengaruh kawan kawan -.-. and sebenarnya aku boring gila masa cuti nih,sebab aku pun anak bongsu takde adik nak buli,hari hari duduk rumah main kotak x(xbox lahh).hari hari aku mengadap facebook dgn twitter.so nak cari kelainan sikit main benda alah ni.HAHAHAHA. --' aku tak banyak idea sebenarnya nak tulis.aku tulis ni pun main ikut suka hati je.aku takde point langsung nak tulis apa.apa yang terlintas kat kepala otak aku semua aku hentam tulis.apa kau ingat macam buat karangan ke nak buat rangka karangan siap dengan isi isi sekali.sedangkan BM aku pun tak pernah lepas 85 markah,ni pulak nak tulis macam macam bagi orang baca.ahhh ! abaikan semua tu , dari aku mati ke-boringan kat rumah ni mengadap facebook 24 jam ape salahnya aku try benda baru kan :p.blog ni berapa lama nak bertahan pun tak tahu.silap2 sekejap je (aku ni pemalas nak cari idea) xD . untuk entry2 akan datang pun aku tak tahu nak tulis apa.silap2 nanti jadi macam blog politik sebab otak aku ni penuh dengan politik.kalau nak suruh aku tulis pasal pelajaran memang tak la kan sebab aku sendiri nak 'belajar' pun berat.HAHAHA lol.aku rasa sampai sini je la untuk entry aku yang first sekali ni.jangan jadi yang terakhir sekali sudah. HAHAHAHA kbyeeee !